Thursday, 3 May 2012

SUMBANGAN INDIVIDU BAGI MENGEKALKAN BUDAYA MALAYSIA

Seseorang itu boleh mengekalkan budaya Malaysia dengan :
  • Mempelajari sesuatu budaya supaya boleh diwariskan
  • Mengajar untuk memperkembangkan sesuatu budaya
  • Turut serta dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan
  • Mempromosikan budaya melalui penulisan dan iklan
  • Mendokumentasi budaya Malaysia untuk diwariskan dan menjadi rujukan generasi akan datang


Antara tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam mengekalkan budaya Malaysia ialah :

Allahyarham Yang Amat Berbahagia Datin Seri Endon Mahmood



  • Menggalakkan pemakaian batik dan songket dalam kalangan kakitangan awam pada majlis-majlis rasmi
  • Mempromosikan pemakaian batik Malaysia

Encik Abdullah bin Muda

  • Memajukan industri bot tradisional Melayu


Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)


  • Mengekalkan dan memajukan muzik irama Malaysia



Penyertaan dalam memartabatkan seni bukan sahaja menjadi tanggungjawab individu sebaliknya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan

KEPENTINGAN PENGEKALAN BUDAYA WARISAN MALAYSIA


• Mewariskan budaya kepada generasi muda.


• Memelihara kepentingan budaya.
• Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
• Mengindustrikan budaya.
• Menjana sumber ekonomi.

PERANAN AGENSI


Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya Negara: 


1.Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
- Merancang, mengumpul dan mengedar bahan da informasi seni dan budaya
- Memberi khidmat nasihat, bantuan kepakaran dan kewangan kepada badan bukan kerajaan.

2. Jabatan Arkib Negara Malaysia.
- Mengumpul, memperoleh dan menyimpan rekod Negara.
- Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Abdul Razak.

3. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA)
- Pusat pengajian kesenian, kebudayaan dan warisan.
- Melahirkan karyawan, seniman dan penggiat seni.

4. Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
- Sebagai pusat sumber warisan Negara.
- Menyelidik, mengumpul, mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan. melalui pameran.

5. Jabatan Warisan Budaya.
- Menggubal akta.
- Mengumpul dokumentasi.
- Menyelidik, memelihara dan membangunkan warisan.

6. Istana Budaya.
- Mementaskan seni persembahan (teater, tarian, muzik)

7. Perbadan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. (FINAS)
- Membangunkan industri perfileman negara

- Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf.

9. Perpustakaan Negara Malaysia.
· Pusat pengumpulan, pendokumentasian dan pemuliharaan sumber-sumber ilmu Negara.

10.Balai Seni Lukis Negara.
· Mengumpul, memelihara, memulihara, mempamir, mempromosikan, memupuk kesedaran dan
penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.

PROGRAM YANG DI ANJURKAN


Antara program dan aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya Malaysia ialah:


  • Program Merakyatkan Seni Budaya.
  • Program Mendekati Rakyat
  • Program Rumah Terbuka
  • Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
  • Pertandingan permainan tradisional
  • Progam Pembangunan Usahawan Kraf
  • Persembahan teater
  • Anugerah Seni Negara
  • Pembudayaan tulisan jawi.

KEPENTINGAN PENGEKALAN BUDAYA WARISAN MALAYSIA

  • Mewariskan budaya kepada generasi muda.
  • Memelihara kepentingan budaya.
  • Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
  • Mengindustrikan budaya.
  • Menjana sumber ekonomi

CARA-CARA MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA

> Menganjurkan pelbagai pameran

> Mengadakan forum

> Memberikan ceramah

> Membina papan iklan

> Menyediakan dan mengedarkan risalah

> Menghasilkan dokumentari

> Menganjurkan lawatan kebudayaan

> Menganjurkan festival kebuyaan

> Menganjurkan program pertukaran belia antarabangsa